Kunyah ialah Abu Faqeeh, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan dari API UM Nilam Puri (2000-2002), seterusnya menyambung pengajian di API UM Kuala Lumpur (2002-2004) dalam bidang Pendidikan Islam dan sekarang sedang menyiapkan Sarjana Usuluddin, takhassus pengajian hadith di API UM Kuala Lumpur. Pekerjaan sekarang ialah pensyarah subjek umum di ADTEC Shah Alam, Kementerian Sumber Manusia. Pasangan kepada Fatimah Binti Abdul Rahman yang merupakan seorang mahasiswi Universiti Al-Azhar Mesir, takhassus Al-Quran & Qiraat. Dianugerahkan oleh Allah azza wajal seorang putera sulung yang bernama Mohammad Faqeeh Al-Hakim.