18 September 2010

Diari Faqeeh


letih...baru lepas racing



tolong nenek shopping barang rayer



gaya seorang manager



bergaya dengan songkok rayer



perjalanan balik kampung bersama 100 plus

14 Ogos 2010

Ummi



video lagu ummi merupakan kegemaran faqeeh sejak berumur 5 bulan lagi.

11 Ogos 2010

Ramadan Kareem




Alhamdulillah, kalimah pertama yang wajar keluar dari bibir kita kerana diberi kesempatan oleh Allah azza wajal bertemu lagi dengan bulan ramadhan. Amat wajar bagi kita memenuhi setiap ruang inci di bulan ini dengan melakukan sebanyak-banyaknya ibadat bagi mengejar ganjaran yang hanya ada pada bulan ramadhan. Hanya pada bulan ramadhan kita difardukan dengan ibadat puasa sebagai latihan tarbiyah diri. Firman Allah azza waja di dalam Surah al-Baqarah, ayat ke 183 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Selain itu, kita digalakkan memperbanyakkan tadarrus Al-Quran supaya bertambah rasa kecintaan kepada Al-Quran. Melazimkan diri dengan solat malam seperti solat teraweh dan solat sunnah yng lain merupakan peluang keemasan yang tidak boleh kita sia-siakan.

Bersama kita mendoakan kepada Allah azza wajal supaya mendapat keberkatan pada ramadhan kali ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

06 Ogos 2010

Kehebatan Ruqyah



Keharusan meruqyah.


كان إذا مرض أحد من أهل بيته، نفث عليه بالمعوذات

"Adalah (Rasulullah SAW) apabila seseorang ahli keluarga baginda sakit, Baginda hembuskan padanya dengan ayat-ayat pelindung."
(Hadith riwayat Imam Muslim)

كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: "اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

"Kami dahulu melakukan jampi ketika jahiliyah, maka kami bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana Engkau lihat perkara itu? Sabda Baginda, Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada unsur syirik padanya."
(Hadith riwayat Imam Muslim)


Keterangan ruqyah.

لا تجعلوا بيوتكم مقابر ، فإن الشيطان يفر من البيت الذي يقرأ فيه سورة البقرة

"Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah Al-Baqarah."

(Hadith riwayat Imam Muslim dan Tirmizi)


إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي { الله لا إله إلا هو الحي القيوم } . حتى تختم الآية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح

"Apabila kamu masuk ke tempat tidur mu, maka bacalah ayat Kursi, 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini, maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi".

(Hadith riwayat Imam Bukhari no. 2187)


الآيتان من آخر سورة البقرة، من قرأهما في ليلة كفتاه

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


إني لأعرف كلمة لو قالها لذهب عنه الذي يجد: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila ianya diucapkan maka apa yang beliau derita itu menjadi hilang, iaitu a’uzhu billaah min as-syaitaan ar-rajeem.

(Hadith riwayat Imam Muslim no. 2610)


قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء

Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku, "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" dan al-Mu’awizatain sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.

(Hadith riwayat Tirmizi no. 5072 turut dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmizi no. 3575)


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِِ وَ هَامَّةِِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِِ لامَّةِِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna daripada godaan syaitan, binatang beracung dan daripada pengaruh ‘ain yang jahat.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari)



بِسْمِ اللهِ أرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءِِ يُؤْذِيْكََ مِن شَرِّ كُلِّ نَفْسِِ وَ عَيْنِ حَاسِدِِ اللهُ يَشْفِيكَ

“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untuk mu daripada segala sesuatu yang menganggu mu daripada kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain, semoga Allah menyembuhkan mu.”

(Hadith riwayat Imam Muslim)


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna daripada kejahatan makhlukNya.”

(Hadith riwayat Imam Muslim)


أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا ‏ ‏اشتكى ‏ ‏الإنسان الشيء منه أو كانت به قرحة أو جرح قال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بإصبعه هكذا ووضع ‏ ‏سفيان ‏ ‏سبابته بالأرض ثم رفعها ‏ ‏باسم الله تربة أرضنا بريقة بعضنا ‏ ‏ليشفى به ‏ ‏سقيمنا ‏ ‏بإذن ربنا

Rasulullah SAW apabila ada seseorang yang mengeluh kerana sakit atau luka, maka baginda meletakkan jari telunjuknya ke tanah lalu mengangkatnya semula seperti mana yang dicontohkan oleh Sufian kemudian membaca: بِاسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا yang bermaksud, dengan menyebut nama Allah, debu tanah kami, dengan ludahan sebahagian kami, agar sembuhkanlah penyakit kami, dengan izin Tuhan kami.

(Hadith riwayat Imam Muslim)


أن ناسا من ‏ ‏أصحاب رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كانوا في سفر فمروا بحي من أحياء ‏ ‏العرب ‏ ‏فاستضافوهم فلم يضيفوهم فقالوا لهم هل فيكم ‏ ‏راق ‏ ‏فإن سيد الحي لديغ ‏ ‏أو مصاب ‏ ‏فقال رجل منهم نعم فأتاه ‏ ‏فرقاه ‏ ‏بفاتحة الكتاب ‏ ‏فبرأ الرجل فأعطي ‏ ‏قطيعا ‏ ‏من غنم فأبى أن يقبلها وقال حتى أذكر ذلك للنبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأتى النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فذكر ذلك له فقال يا رسول الله والله ما ‏ ‏رقيت ‏ ‏إلا ‏ ‏بفاتحة الكتاب ‏ ‏فتبسم وقال ‏ ‏وما أدراك أنها ‏ ‏رقية ‏ ‏ثم قال خذوا منهم واضربوا لي ‏ ‏بسهم ‏ ‏معكم

Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan, mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut, namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka, tetapi ada yang bertanya, apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? kerana ketua kampung kami terkena sengat, salah seorang daripada para sahabat menjawab, ya ada, lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah, kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing, beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat, aku akan menyampaikannya kepada Rasulullah SAW, beliau pun pulang menemui Rasulullah SAW dan menyatakan perkara tersebut, beliau berkata, wahai Rasulullah SAW! demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah, mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda, tahukah engkau, bahawa Surah Al-Fatihah itu memang merupakan jampi, kemudian baginda bersabda lagi, ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.

(Hadith riwayat Imam Muslim)


عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏الحمى من ‏ ‏فيح ‏ ‏جهنم فابردوها بالماء

Daripada Rasulullah SAW telah bersabda, demam itu berasal daripada didihan neraka jahanam, maka sejukkanlah demam itu dengan air.

(Hadith riwayat Imam Muslim)

23 Julai 2010

Kenapa Bangsa Arab Tidak Bersatu ?




Sehingga kini saya tidak menemui jawapan bagi persoalan, kenapa bangsa arab tidak bersatu di dalam menghadapi kekejaman dan kejahatan kuasa barat yang dipelopori oleh Amerika?. Memang sukar mencari jawapannya tapi mungkin bagi orang yang berbangsa arab ada jawapannya. Bagi saya yang bukan orang yang berbangsa arab memang sukar mencari jawapannya tapi dilubuk hati kecil saya tersemat sejuta harapan ingin melihat semua bangsa arab kembali bersatu seperti zaman gemilang yang dahulu.

Adakah jawapan untuk persoalan di atas kita letakkan kesalahannya di bahu pemimpin-pemimpin bangsa arab? Sememangnya hakikat yang perlu ditelan kebanyakkan pemimpin negara arab menjadi boneka yang tidak bernyawa kepada Amerika dan sekutunya. Akan tetapi, amat ramai ulama daripada bangsa arab yang boleh menubuhkan persatuan NGO untuk membela umat Islam yang tertindas. Semua orang tahu akan kekejaman yang melampau Israel yang merupukan sekutu terkuat Amerika menindas rakyat Palestin saban hari. Hati kecil saya merasakan pertubuhan NGO ulama seluruh bangsa arab boleh mengimbangi kekejaman Israel jika NGO ini digerakkan dengan aktif. Semestinya ulama-ulama ini mempunyai ilmu agama yang kuat beserta semangat jihad yang utuh boleh bergerak memberi sinar harapan untuk rakyat palestin. Atau adakah kita masih menunggu pemimpim-pemimpin negara arab yang mulakannya?

Saya juga merasakan tenaga dan ideal ulama-ulama bangsa arab tidak digunakan secara maksimum di dalam usaha penyatuan bangsa arab juga di dalam usaha bebaskan Palestin daripada cengkaman Israel. Inilah masanya untuk seluruh ulama-ulama bangsa arab memainkan peranan sebagai pendahulu di dalam gerakkan penyatuan seluruh bangsa arab. Saya juga merasakan dengan tertubuhnya NGO ulama-ulama bangsa arab mampu membangkitkan semangat seluruh bangsa arab untuk berjuang membela keadilan.

Hanya sekadar coretan daripada saya yang mungkin tidak sebernas ideal golongan profesional yang berjawatan tinggi. Saya hanya mahu melihat seluruh bangsa arab bersatu kerana saya sedar kekuatan bangsa arab ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Saya akan terus menanti saat itu. Saya akan terus mencari jawapan untuk itu.

25 Mac 2010

Hadith-hadith Berkaitan Thaharah Rasulullah SAW



(1) Kepentingan kebersihan

Rasulullah SAW pernah bersabda, kebersihan merupakan cabang daripada keimanan.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(2) Membersihkan bekas jilatan anjing

Sucinya bekas kalian yang dijilat anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali dan pada pencucian yang pertama dengan tanah lalu tumpahkanlah.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(3) Kulit binatang

Bila kulit bangkai binatang disamak maka akan menjadi suci.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(4) Lima fitrah

Lima perkara fitrah iaitu khitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(5) Memelihara janggut

Bezakanlah dengan orang kafir iaitu dengan memelihara janggut dan mencukur misai.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(6) Kelebihan siwak

Bersiwak akan membersihkan mulut dan disukai Allah.
(Hadith riwayat Imam Bukhari)


(7) Air yang tenang

Janganlah salah seorang daripada kalian kencing di air tenang yang tidak mengalir kemudian mandi di situ.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(8) Tidak memegang kemaluan dengan tangan kanan

Bila salah seorang daripada kalian minum, janganlah bernafas di dalam bekas minuman dan apabila buang air, janganlah memegang kemaluan dengan tangan kanan serta jangan membasuhnya dengan tangan kanan.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(9) Adab-adab qadha hajat

Diriwayatkan daripada Salman RA bahawa Rasulullah SAW melarang kami mengqadha hajat menghadap kiblat, istinjak dengan tangan kanan, istinjak dengan batu yang kurang daripada 3 biji dan istinjak menggunakan kotoran haiwan atau tulang.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(10) Istinjak dengan jumlah yang ganjil

Rasulullah SAW bersabda, barang siapa yang beristinjak dengan batu maka hendaklah dengan jumlah yang ganjil.
(Hadith riwayat Imam Bukhari)


(11) Bertayammum

Apabila kamu tidak memperolehi air maka hendaklah bertayammum dengan debu tanah yang bersih.
(Surah Al-Maaidah, ayat ke 6)


(12) Mandi hari jumaat

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, wajib bagi lelaki yang telah baligh mandi pada hari jumaat, mengosok gigi dan memakai wangian jika ada.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(13) Puasa dan Solat bagi wanita haid

Daripada ‘Aisyah (Isteri Rasulullah SAW) berkata, pada masa hidup Rasulullah SAW, kami disuruh mengqadhakan puasa ketika kami didatangi haid dan tidak disuruh mengqadhakan solat.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

22 Januari 2010

WAHABI : Gelaran Yang Tiada Penghujung



Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah

Salah satu daripada sifat-sifat kecelakaan yang ada pada manusia ialah terlalu cepat dan amat mudah melabel seseorang dengan gelaran tertentu. Padahal, gelaran yang dilabel tidak diketahuinya. Inilah yang melambangkan ketandusan ilmu pengetahuan yang terdapat pada dirinya.

Bertolak dari sini, umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Berpeguh tegah dalam erti kata mengamalkan setiap isi kandungan keduanya. Firman Allah azza wajal :

"Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamaNya nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya dan limpahan kurniaNya dan menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus untuk sampai kepadaNya"

(Surah An-Nisaa, ayat ke 175)

Amat jelas maksud ayat di atas, sesungguhnya Allah azza wajal menyuruh setiap hambaNya berbegang teguh kepada agamaNya yang satu iaitu Islam. Bukan hanya mendapat gelaran muslim akan tetapi hendaklah beramal dengan ajarannya. Selain itu, kita juga hendaklah menyeru manusia lain untuk mengagungkan Allah azza wajal melalui ajaran Islam. Firman Allah azza wajal :

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"

(Surah Fushshilat, ayat ke 33)


Label Wahabi

Wahabi adalah label yang diberikan kepada seseorang yang dikatakan tidak mengikuti pendapat mazhab-mazhab tertentu. Ada juga yang melabelkan wahabi sebagai pengikut Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab.

21 Januari 2010

10 Sunnah Yang Sering Diabaikan




1) Sujud syukur ketika mendapat nikmat

Abu Bakrah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya baginda jika mendapat sesuatu yang mengembirakan atau disampaikan khabar gembira maka baginda akan bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)


2) Imam solat memerintahkan makmum meluruskan dan merapatkan shaf

Anas bin Malik berkata, setelah iqamah dilaungkan, maka Rasulullah SAW menghadap kepada kami kemudian baginda bersabda, "luruskan shaf kalian dan rapatkan, sesungguhnya aku bisa melihat kalian daripada belakangku".
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


3) Takbir dan tasbih ketika takjub atau mengingkari sesuatu

Ummu Salamah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bangun kemudian mengucapkan “Subhanallah betapa hebat yang Allah Taala turunkan daripada harta benda dunia ini dan betapa berat fitnah cubaan yang Allah Taala turunkan".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Abu Sa'id Al-Kudri mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "sungguh aku berharap agar kalian semua menjadi seperempat penghuni syurga", maka kami bertakbir. Kemudian baginda bersabda, "sepertiga penghuni syurga", maka kami bertakbir lagi. Kemudian baginda bersabda, "separuh penghuni syurga", maka kami bertakbir lagi.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


4) Bila malam menjelang

Jabir bin Abdillah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "jika malam telah tiba maka tahanlah anak-anak keluar dari rumah kerana syaitan sedang bertebaran disaat itu, setelah lansung beberapa saat lamanya biarkan mereka bermain, tutuplah semua pintu dengan menyebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup dan tutuplah tempat minum kalian dengan menyebut nama Allah serta tutupilah wadah-wadah kalian dengan menyebut nama Allah sekalipun dengan hanya meletakkan sesuatu di atasnya".
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)


5) Adat-adat memakai sandal

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "jika salah seorang daripada kalian memakai sandal maka mulailah dengan kaki kanan dan jika ingin menanggalkannya maka mulakan dengan sebelah kiri. Hendaklah bahagian kanan paling awal dimulakan dan paling akhir dilepaskan".
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)


6) Berubat dengan madu

Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, padanya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
(Surah An-Nahlu, ayat ke 69)


7) Tidak mencela makanan

Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mencela makanan, jika berselera baginda memakannya dan jika tidak baginda akan meninggalkannya.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


8) Berubat dengan lalat

Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Jika lalat jatuh pada wadah kalian maka benamkan lalat tersebut kemudian dibuangkannya kerana pada salah satu sayapnya ada ubat dan pada sayap yang lain ada penyakit".
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah)


9) Menjilat jari jemari setelah makan

Ka'ab bin Malik mengatakan bahawa Rasulullah SAW makan dengan tiga jari dan baginda menjilat jarinya sebelum membersihkannya.
(Hadis riwayat Imam Muslim dan Abu Daud)


10) Adat-adat seorang penghutang

Abu Rafi' mengatakan bahawa Rasulullah SAW meminjam unta daripada seseorang lalu ada seseorang yang datang menyerahkan unta sedekah, baginda memerintahkan Abu Rafi’ untuk melunaskan hutang unta tadi, lalu berkata Abu Rafi’, "aku tidak menemui unta yang seusia tujuh tahun". Baginda bersabda, "berikan saja kepadanya, sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling baik dalam membayar hutang".
(Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan An-Nasai)