25 Mac 2010

Hadith-hadith Berkaitan Thaharah Rasulullah SAW



(1) Kepentingan kebersihan

Rasulullah SAW pernah bersabda, kebersihan merupakan cabang daripada keimanan.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(2) Membersihkan bekas jilatan anjing

Sucinya bekas kalian yang dijilat anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali dan pada pencucian yang pertama dengan tanah lalu tumpahkanlah.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(3) Kulit binatang

Bila kulit bangkai binatang disamak maka akan menjadi suci.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(4) Lima fitrah

Lima perkara fitrah iaitu khitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(5) Memelihara janggut

Bezakanlah dengan orang kafir iaitu dengan memelihara janggut dan mencukur misai.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(6) Kelebihan siwak

Bersiwak akan membersihkan mulut dan disukai Allah.
(Hadith riwayat Imam Bukhari)


(7) Air yang tenang

Janganlah salah seorang daripada kalian kencing di air tenang yang tidak mengalir kemudian mandi di situ.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(8) Tidak memegang kemaluan dengan tangan kanan

Bila salah seorang daripada kalian minum, janganlah bernafas di dalam bekas minuman dan apabila buang air, janganlah memegang kemaluan dengan tangan kanan serta jangan membasuhnya dengan tangan kanan.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(9) Adab-adab qadha hajat

Diriwayatkan daripada Salman RA bahawa Rasulullah SAW melarang kami mengqadha hajat menghadap kiblat, istinjak dengan tangan kanan, istinjak dengan batu yang kurang daripada 3 biji dan istinjak menggunakan kotoran haiwan atau tulang.
(Hadith riwayat Imam Muslim)


(10) Istinjak dengan jumlah yang ganjil

Rasulullah SAW bersabda, barang siapa yang beristinjak dengan batu maka hendaklah dengan jumlah yang ganjil.
(Hadith riwayat Imam Bukhari)


(11) Bertayammum

Apabila kamu tidak memperolehi air maka hendaklah bertayammum dengan debu tanah yang bersih.
(Surah Al-Maaidah, ayat ke 6)


(12) Mandi hari jumaat

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, wajib bagi lelaki yang telah baligh mandi pada hari jumaat, mengosok gigi dan memakai wangian jika ada.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


(13) Puasa dan Solat bagi wanita haid

Daripada ‘Aisyah (Isteri Rasulullah SAW) berkata, pada masa hidup Rasulullah SAW, kami disuruh mengqadhakan puasa ketika kami didatangi haid dan tidak disuruh mengqadhakan solat.
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)