23 Julai 2010

Kenapa Bangsa Arab Tidak Bersatu ?




Sehingga kini saya tidak menemui jawapan bagi persoalan, kenapa bangsa arab tidak bersatu di dalam menghadapi kekejaman dan kejahatan kuasa barat yang dipelopori oleh Amerika?. Memang sukar mencari jawapannya tapi mungkin bagi orang yang berbangsa arab ada jawapannya. Bagi saya yang bukan orang yang berbangsa arab memang sukar mencari jawapannya tapi dilubuk hati kecil saya tersemat sejuta harapan ingin melihat semua bangsa arab kembali bersatu seperti zaman gemilang yang dahulu.

Adakah jawapan untuk persoalan di atas kita letakkan kesalahannya di bahu pemimpin-pemimpin bangsa arab? Sememangnya hakikat yang perlu ditelan kebanyakkan pemimpin negara arab menjadi boneka yang tidak bernyawa kepada Amerika dan sekutunya. Akan tetapi, amat ramai ulama daripada bangsa arab yang boleh menubuhkan persatuan NGO untuk membela umat Islam yang tertindas. Semua orang tahu akan kekejaman yang melampau Israel yang merupukan sekutu terkuat Amerika menindas rakyat Palestin saban hari. Hati kecil saya merasakan pertubuhan NGO ulama seluruh bangsa arab boleh mengimbangi kekejaman Israel jika NGO ini digerakkan dengan aktif. Semestinya ulama-ulama ini mempunyai ilmu agama yang kuat beserta semangat jihad yang utuh boleh bergerak memberi sinar harapan untuk rakyat palestin. Atau adakah kita masih menunggu pemimpim-pemimpin negara arab yang mulakannya?

Saya juga merasakan tenaga dan ideal ulama-ulama bangsa arab tidak digunakan secara maksimum di dalam usaha penyatuan bangsa arab juga di dalam usaha bebaskan Palestin daripada cengkaman Israel. Inilah masanya untuk seluruh ulama-ulama bangsa arab memainkan peranan sebagai pendahulu di dalam gerakkan penyatuan seluruh bangsa arab. Saya juga merasakan dengan tertubuhnya NGO ulama-ulama bangsa arab mampu membangkitkan semangat seluruh bangsa arab untuk berjuang membela keadilan.

Hanya sekadar coretan daripada saya yang mungkin tidak sebernas ideal golongan profesional yang berjawatan tinggi. Saya hanya mahu melihat seluruh bangsa arab bersatu kerana saya sedar kekuatan bangsa arab ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Saya akan terus menanti saat itu. Saya akan terus mencari jawapan untuk itu.