21 April 2011

Anjing di dalam rumah !



Ajaran Islam memerintahkan penganutnya sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia dan juga makluk lain seperti binatang. Dalam berinteraksi dengan binatang kita diwajibkan mengikut setiap garis panduan yang Allah azza wajal telah perintahkan demi menjaga kemaslahatan bersama. Bantasan itulah yang sering kali dilupakan atau terlepas pandang oleh manusia secara tanpa sedar.

Terdapat juga banyak nas yang memerintahkan kita berkelakuan baik terhadap binatang. Bahkan inilah salah satu sifat Rasulullah SAW yang wajar kita jadikan contoh. Akan tetapi kita dilarang membawa masuk anjing ke dalam rumah kerana hal ini ditegah secara jelas oleh Rasulullah SAW melalui hadith ;

لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة تماثيل

“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang didalamnya terdapat anjing atau patung”
(Hadith riwayat Imam Muslim)