22 Januari 2010

WAHABI : Gelaran Yang Tiada Penghujung



Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah

Salah satu daripada sifat-sifat kecelakaan yang ada pada manusia ialah terlalu cepat dan amat mudah melabel seseorang dengan gelaran tertentu. Padahal, gelaran yang dilabel tidak diketahuinya. Inilah yang melambangkan ketandusan ilmu pengetahuan yang terdapat pada dirinya.

Bertolak dari sini, umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Berpeguh tegah dalam erti kata mengamalkan setiap isi kandungan keduanya. Firman Allah azza wajal :

"Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamaNya nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya dan limpahan kurniaNya dan menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus untuk sampai kepadaNya"

(Surah An-Nisaa, ayat ke 175)

Amat jelas maksud ayat di atas, sesungguhnya Allah azza wajal menyuruh setiap hambaNya berbegang teguh kepada agamaNya yang satu iaitu Islam. Bukan hanya mendapat gelaran muslim akan tetapi hendaklah beramal dengan ajarannya. Selain itu, kita juga hendaklah menyeru manusia lain untuk mengagungkan Allah azza wajal melalui ajaran Islam. Firman Allah azza wajal :

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"

(Surah Fushshilat, ayat ke 33)


Label Wahabi

Wahabi adalah label yang diberikan kepada seseorang yang dikatakan tidak mengikuti pendapat mazhab-mazhab tertentu. Ada juga yang melabelkan wahabi sebagai pengikut Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan